Saturday, August 27, 2011

Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku anak merdeka

Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Di kesempatan ini ingin saya memohon maaf kepada sidang pembaca yang saya kasihi.Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi " setiap bani Adam itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik kesilapan itu ialah mereka yang bertaubat". Manakala taubat yang terbaik itu ialah "taubatan nasuha".Sekian wassalam...

Friday, August 26, 2011

Hasil diskusi MPMUM bersama barisan pentadbiran Universiti Malaya


Tarikh : 24/08/2011 ( Rabu )
Masa : 05:15 Petang
Tempat: Tingkat 4, Bilik Mesyuarat,Canselori, UM

MESYUARAT KE-3 BERSAMA NAIB CANSELOR DAN PIHAK PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYA

Mesyuarat ini dihadiri oleh Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, 3 orang Timbalan Naib Canselor, Kesemua 12 orang Pengetua Kolej Kediaman, Bendahari UM, Ketua Perpustakaan, Pegawai HEP dan Pengarah PTM. Isu-isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Thursday, August 25, 2011

Hati-hati dalam perjalanan.

Ramai yang mengeluh dan marah apabila terkena "speed trap".Kadang kala laju bukan saja-saja tetapi terpaksa dek kerana ada urusan rasmi yang perlu segera dan berlaku kes-kes kecemasan.Justeru saya ingin kongsikan kawasan-kawasan yang perlu untuk berikan perhatian lebih demi mengelak dari terkena "speed trap".

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Monday, August 22, 2011

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah masih lagi Allah SWT memberikan kepada kita pelbagai nikmat terutama nikmat iman dan Islam. Ingin saya kongsikan tujuh sunnah nabi Muhammad SAW untuk tatapan dan renungan kita bersama.Moga-moga dengan perkongsian ini dapat kita amalkan dalam kehidupan kita seharian.

Baiklah,hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan menjelma lagi.

Assalamualikum dan Salam Ramadhan saya ucapkan kepada sidang pembaca yang saya kasihi. Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan ruang dan peluang untuk kita bersama menghirup udara segar di pagi hari.Di kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk bekalan kita sepanjang hari dalam menempuh onak duri dan rintangan duniawi.Dan nikmat Islam dan iman masih masih kita miliki.

Dalam bulan Ramadhan yang sekian lama kita menanti ini, perlulah kita bersyukur kerana Allah SWT masih memberikan kesempatan untuk kita beribadah kepadaNya dengan tanpa sebarang masalah.Untung kita kerana di bulan ini setiap amal ibadat kita akan di gandakan dan di berkati Allah SWT.

Perlu kita senyusuri lembaran sirah yang pernah berlaku di bulan Ramadhan ini.Antara kisah besar yang di lakarkan di dalam Al-Quran ialah seperti berlakunya peperangan pertama dalam dunia Islam iaitu Peperangan Badar.Seramai 313 tentera Islam menentang 1000 tentera Musyrikin.Walaupun bilangan tentera Islam sedikit, namun atas niat yang ikhlas kerana Allah, matlamat yang jelas yang inginkan mardhotillah.Kejayaan itu menjadi milik tentera Islam. Alhamdulillah.

Monday, August 8, 2011

Merdeka: Sudut pandang anak muda

Nun di hadapan berdiri tegak tubuh-tubuh menongkah langit dengan keris yang menjulang. Hari itu menjadi saksi sejarah perjuangan, hadiah tidak ternilai kepada sebuah pengorbanan.

Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka!

Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang.

Cakerawala sangat gundah semakin dingin dibawa arus kemajuan. Lantas pesta 31 Ogos seakan-akan jasad kosong yang tidak berjiwa dek kerana bayang-bayang hitam yang membenam dan membunuh roh 1957.

Lynas : Jangan Kerana Keuntungan, Nyawa Tergadai.

Assalamualaikum dan salam sejahatera.Baik, sedikit perkongsian maklumat yang ingin saya sampaikan kepada sidang pembaca yang saya kasihi berkaitan isu Lynas.Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah sebenarnya yang di uar-uarkan oleh ‘media alternatif’ mengenai isu Lynas dan kesannya.Saya tertarik untuk mengkaji apakah sebenarnya isu Lynas setelah melihat beberapa kebangkitan gerakan mahasiswa menolak Lynas. Lynas ini mendapat penentangan daripada pelbagai pihak masyarakat, Parti Politik, NGO, gerakan-gerakan mahassiwa seperti Pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan sebagainya. Dan mutakhir ini Gerakan mahasiswa dilihat lebih kehadapan dalam merakyatkan mahasiswa memberikan penjelasan berkenaan isu Lynas. Untuk itu, suka saya kongsikan beberapa fakta ‘menarik’ mengenai isu Lynas:

1) Lokasi kilang Lynas terlalu dekat dengan kawasan kediaman iaitu 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk
seramai 16,700 orang . Jika dikaji, keluasan evakuasi di Fukushima dalam 40 KM berbanding dari Gebeng, Kuantan, kesan kebocoran radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk Kuantan, Gambang, Cherating malah kemaman di Terengganu. Jumlah penduduk yang mungkin teribat dianggarkan hampir 800,000 hingga 900,000 yang mana Kuantan sahaja sekitar 600,000 hingga 650,000 orang. Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Australia adalah minimum 35 KM dari kawasan penduduk setempat.

Islamic Song