Tuesday, December 27, 2011

MAHASISWA TOLAK POLITIK LUDAH

Baru-baru ini mahasiswa  melakar satu lagi sejarah baru apabila berjaya melakukan perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik dari Masjid Jamek dan berarak hingga ke bangunan PWTC. 6 tuntutan yang ingin dibawa gerakan ‘Bebas’ , iaitu mansuhkan AUKU ,Akta 555 dan akta 174, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam politik.


Mengenali isu tindakan Adam Adli yang menukarkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan bendera logo Bebas, saya kira isu adalah tidak perlu diperbesarkan. Sepatutnya tuntutan yang dibawa mahasiswa untuk memansuhkan AUKU dan kembalikan hak dan autonomi mahasiswa perlu dibincangkan oleh semua pihak bukannya membincangkan perkara yang remeh itu. Biarlah mahasiswa melakukan kesilapan semasa zaman mahasiswanya supaya mereka tidak melakukan kesilapan di masa mereka menjadi pemimpin masa hadapan. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk mematangkan diri dan menimba pengalaman terbaik.

Saturday, December 24, 2011

MPMUM atasi masalah siswa

Saya tetap berpendirian bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa adalah badan yang mewakili suara mahasiswa.

Saya berpendirian isu Wifi yang berlarutan sebagai serius dan kritikal atas nama kebajikan mahasiswa memandangkan perkhidmatan Wifi adalah keperluan penting semua mahasiswa di Universiti Malaya.

Dalam isu ini, MPMUM telahpun berusaha mengadakan banyak siri perbincangan bersama pihak pentadbiran termasuklah pihak Pusat Teknologi Maklumat(PTM) sendiri.

Walaubagaimanapun, dengan mengambil tempoh yang terlalu panjang bermula daripada awal sesi kemasukan semester ini, MPMUM melihat pihak PTM gagal menyelesaikan isu Wifi dengan efisien dan sesegera mungkin.

Dalam tempoh tersebut, MPMUM menerima banyak aduan daripada mahasiswa termasuk rungutan kerana ketiadaan Wifi menyebabkan banyak tugasan kuliah turut terganggu.

Sunday, December 11, 2011

Debat menyuburkan demokrasi Malaysia

Perdebatan dan perbincangan berkaitan AUKU kini semakin rancak dibahaskan.Banyak siri perdebatan berkaitan AUKU,PRU,demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus.Ini suatu fenomena dan petanda baik kepada arena akademik dan sistem demokrasi di Malaysia.

Dalam keadaan rakyat dan pemimpin negara ingin terus membuka ruang demokrasi, namun mahasiswa kini kecewa dan terkilan kerana masih ada Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus yang masih belum boleh memberikan peluang dan ruang untuk mahasiswa bebas berakademik mahupun melaksanakan program-program sendiri tanpa gangguan mereka.

Pihak pentadbiran sekarang perlu lebih terbuka dan memberikan kepercayaan kepada mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana mahasiswa ialah insan yang intelek dan mampu untuk berfikir sendiri dengan rasional.

Tuesday, December 6, 2011

Tan Sri Ghauth Jasmon sentiasa peka dengan masalah mahasiswa

Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Ghauth Jasmon yang merupakan Naib Cencelor Universiti Malaya baru-baru ini berkaitan mahasiswa boleh berpolitik iaitu mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan dipinda, Ghauth berkata:

“Saya rasa pelajar-pelajar universiti mungkin mahukan kebebasan bersuara kerana itu UM tidak menghalang pelajarnya terlibat dengan politik.

Ini membuktikan bahawa Naib Censelor UM benar-benar bersama mahasiswa malah memahami realiti keadaan mahasiswa yang kini kian matang berfikir baik dan buruk dalam sesuatu perkara.Kebebasan bersuara itu juga menepati aturan dalam perlembagaan negara yang kini menjadi rujukan dalam sesuatu kes dan isu.

MPMUM juga bersetuju dengan pandangan Tan Sri Ghauth Jasmon iaitu sekiranya fahaman tersebut dibawa ke dalam kampus yang akhirnya boleh mendatangkan masalah, maka tindakan keras akan diambil”.Universiti merupakan medan ilmu yang mesti semua pihak hormati dan sanjungi.Bukannya menjadikannya sebagai medan untuk mendoktrin dan merekrut mahasiswa menjadi pekerja parti sehingga mengabaikan pelajaran mereka.

Islamic Song