Jangan sampai nanti orang-orang tarbiyah dibenci gara-gara berorientasi kepada kekuasaan. Dia tidak boleh berbangga dengan bangunannya. Lalu tertidur-tidur, tidak pernah mengurus urusan hariannya. Tetap dia harus kembali kepada akar masalahnya, akar tarbiyahnya. Tempat kancah dia dibangun. ~ K.H Rahmat Abdullah
Monday, August 29, 2011
Saturday, August 27, 2011
Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, August 26, 2011
Hasil diskusi MPMUM bersama barisan pentadbiran Universiti Malaya
Thursday, August 25, 2011
Hati-hati dalam perjalanan.
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Monday, August 22, 2011
Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW.
Baiklah,hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Tuesday, August 9, 2011
Ramadhan menjelma lagi.
Monday, August 8, 2011
Merdeka: Sudut pandang anak muda
Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka!
Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang.
Cakerawala sangat gundah semakin dingin dibawa arus kemajuan. Lantas pesta 31 Ogos seakan-akan jasad kosong yang tidak berjiwa dek kerana bayang-bayang hitam yang membenam dan membunuh roh 1957.
Lynas : Jangan Kerana Keuntungan, Nyawa Tergadai.
1) Lokasi kilang Lynas terlalu dekat dengan kawasan kediaman iaitu 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk
seramai 16,700 orang . Jika dikaji, keluasan evakuasi di Fukushima dalam 40 KM berbanding dari Gebeng, Kuantan, kesan kebocoran radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk Kuantan, Gambang, Cherating malah kemaman di Terengganu. Jumlah penduduk yang mungkin teribat dianggarkan hampir 800,000 hingga 900,000 yang mana Kuantan sahaja sekitar 600,000 hingga 650,000 orang. Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Australia adalah minimum 35 KM dari kawasan penduduk setempat.
Wednesday, July 20, 2011
Demokrasi Negara Kian Pincang
Thursday, July 7, 2011
MPMN: Universiti perlu akur titah Agong

Saya bersyukur mempunyai Ketua Negara yang cukup prihatin terhadap perjalanan demokrasi di negara ini. Apabila Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj memperkenan kumpulan BERSIH 2.0 tampil menghadap Baginda, ia merupakan signal yang sangat baik yang memberi nafas baru bagi pelaksanaan demokrasi di negara ini.
Perkenan Baginda terhadap tuntutan kumpulan itu untuk berhimpun menuntut sistem pilihanraya bersih perlu dihormati oleh semua pihak. Bagi mahasiswa yang merupakan rakyat Malaysia yang sah, hak berhimpun seperti yang diperkenan oleh Baginda perlu diambil perhatian oleh pihak universiti. Dalam hal ini, pihak universiti perlu akur terhadap titah Baginda dan dalam masa yang sama mereka perlu segera menarik kembali larangan yang telah dikeluarkan di peringkat universiti.
Saya kesal dengan tindakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dilihat jelas menghasut mahasiswa. Pada 4 Julai lalu, beliau mengarahkan supaya semua mahasiswa berhimpun bagi menghadiri suatu sesi bersama TNC yang baru. Tetapi sebaliknya yang berlaku, di dalam majlis tersebut beliau mengarahkan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu berucap bagi mewakili pihaknya menyatakan bantahan terhadap BERSIH 2.0.
Monday, June 27, 2011
Mahasiswa, AUKU dan PRU13
Beberapa ketika dahulu dunia aktivisme kemahasiswaan diberi nafas kembali apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah mencadangkan agar mahasiswa kembali diberi ruang melibatkan diri dalam politik. Beliau berkata, masanya telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik.
Namun percanggahan cadangan ini dengan peraturan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti menjadikan mahasiswa terus pesimis dengan cadangan-cadangan selepas daripada itu yang dikeluarkan oleh Menteri berkenaan. Tambahan pula dengan lontaran idea yang hanya dibiar sepi oleh pihak Kementerian selepas ianya diperbincangkan oleh semua pihak, akhirnya cadangan ini senyap begitu sahaja.
Dalam hal ini, terdapat dua persoalan penting yang harus kita rungkaikan. Pertama, bagaimana ruang lingkup berpolitik yang perlu difahami oleh mahasiswa?
Tuesday, June 21, 2011
Dokumentasi harapan baru mahasiswa Malaysia.
Program itu telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar negeri Selangor.Antara ahli panel yang turut hadir pada forum ketika itu ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) saudara Mohd Syukri Abd Razab, Ketua AKSI saudara Shahimi, exco pendidikan dari PKPIM, saudara Mohd Afif dan saya selaku Presiden MPMN.Manakala moderatornya pula wakil mahasiswa dari Unirazak iaitu saudara Mohd Afiq.
Perbincangan yang memakan masa sejam setengah itu menjelaskan berkaitan beberapa perkara yang telah di sepakati dalam dokumentasi harapan baru mahasiswa iaitu berkaitan isu autonomi universiti dan mahasiswa,kebebasan bersuara dan berakademik,isu graduan yang menganggur selepas bergraduasi, berkaitan isu pemansuhan AUKU, isu biasiswa JPA, isu PTPTN dan sebagainya.
Monday, June 20, 2011
MPMN meluaskan jaringan ke Indonesia

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) atau namanya sebelum ini ialah Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) merupakan salah satu platform yang membariskan kepimpinan kampus bagi mewakili Majlis Perwakilan Pelajar kampus masing-masing di peringkat nasional.Kini saya telah di pilih untuk menjadi presiden MPMN pada kali ini melalui satu pilihanraya yang diadakan semasa Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional kali kedua di KUIS.
Sejurus selepas perlantikan saya selaku presiden MPMN, salah seorang wakil Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia (PPIM) datang berjumpa saya untuk mengadakan satu hubungan kerjasama antara mahasiswa Malaysia dan mahasiswa Indonesia.
Cadangan dari pihak PPIM itu di pandang serius oleh pihak MPMN.Lantas beberapa siri pertemuan di lakukan dalam menjayakan hasrat murni untuk menjaga hubungan baik kedua negara serumpun melalui gerakan mahasiswa Malaysia dan Indonesia.
Thursday, June 9, 2011
Ucapan YDP MPMUM kepada Pelajar Baru (PASUM)
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita meniti usia muda di alam kampus yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar serta pelbagai pengalaman dalam kehidupan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru Sesi 2011/2012 iaitu pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) kerana memilih ataupun terpilih sebagai penuntut di Universiti Tertua di Malaysia. Selamat datang saya ucapkan.
Di alam Universiti, terdapat pelbagai cabaran baru yang harus kalian tempuh dalam menghadapi suasana yang agak berbeza dari Matrik dan seumpamanya. Ini kerana, Universiti adalah satu pengajian yang mengajar mahasiswa agar berfikiran intelek dan Kritis dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang berlaku di alam Universiti terutama sekali di kampus.
Walaubagaimanapun, di alam Kampus tidak mengajar kita mengamalkan 3K (Katil, Kafe, Kuliah) malahan, di alam Kampus inilah mengajar kita hidup bermasyarakat dengan orang yang ada di sekeliling kita. Selain itu, kita juga di tuntut agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang di impikan, sekaligus dapat menaikkan nama Universiti kita sendiri.
Wednesday, May 4, 2011
Parlimen Mahasiswa sekadar boneka



Semasa diumumkan mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia(USM), saya bersama rakan-rakan berasa teruja. Timbul persoalan di benak, apakah implementasi Parlimen Mahasiswa ini adalah fasa pencerahan bagi mahasiswa yang sudah sekian lama hak dan autonomi mereka dinafikan?
Namun setelah beberapa penelitian dan kajian dibuat antara saya dan rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) berserta wakil Perwakilan Pelajar daripada USM, Parlimen Mahasiswa dan pelaksanaannya amat menghampakan.
Boleh saya katakan, Parlimen Mahasiswa tidak ubah seperti boneka. Mahasiswa perlu celik meneliti perkara dasar bahawa Parlimen Mahasiswa masih berada di bawah telunjuk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Maka jelaslah mahasiswa masih terikat dengan perkara 15, perkara 16 malah masih ditadbir di bawah seorang Naib Canselor yang mempunyai kuasa veto untuk memutuskan apa saja.
Monday, May 2, 2011
MPMUM tetap berkhidmat untuk mahasiswa.

Berkata Imam Malik, “setiap orang berhak memberikan pandangan dan setiap orang berhak untuk menerima dan menolak pandangan tersebut melinkan maksum (Al-Quran dan As-sunnah). Dalam sesi kepimpinan jika tiada yang mengkritik, maka memang tidak akan majulah organisasi tersebut.
Pertama terima kasih kepada sahabat-sahabat sangat perihatin dengan pentadbiran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) pada sesi kali ini.Pada saya itu pun sudah satu penghargaan kepada kami. Untuk pengetahuan anda,pada 21 Februari 2011 Dato’ Naib Canseler telah pun mengumumkan keputusan pilihanraya kampus Universiti Malaya.
Selepas itu hanya satu bantahan di terima oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya.Kemudian setelah di proses, bantahan itu telah pun di tolak di atas sebab-sebab tertentu.Setelah sekian lama pemimpin-pemimpin mahasiswa ini menang,masing-masing mengunggu untuk pembentukkan kabinet MPMUM.
Pensyarah semakin tertekan di kampus

Pensyarah merupakan pengganti ibu bapa bagi mahasiswa yang berada di kampus. Dengan penuh kesedaran mereka datang ke kampus adalah untuk mencurahkan bakti dan ilmu di dada untuk pembangunan moral generasi muda negara yang berkualiti dan berilmu. Merekalah insan yang sentiasa di segani kerana jasa bakti mereka yang tidak pernah mengenal erti penat lelah mengajar dan mendidik generasi muda sehingga anak muda itu mengenal erti kehidupan yang sangat memerlukan Tuhan dan teman-teman dalam mencapai matlamat kehidupan.
Namun jika kita menyingkap kondisi Malaysia kini, tugas pensyarah sedikit sebanyak telah mula tersasar dengan tujuan asal mereka iailtu adalah untuk mendidik dan menyebarkan ilmu .Jika dulu hadirnya penyarah ke kampus adalah untuk mendidik dan mengajar, namun kini mereka bukan hanya perlu mengajar. Akan tetapi mereka mestilah menerbitkan hasil kerja (tesis) dalam jurnal antarabangsa kelas A demi mencapai impian untuk menaikkan ranking universiti.
Thursday, April 28, 2011
MPMUM ucap selamat menjalani peperiksaan
Puas jujur dalam exam.


Musim peperiksaan menyebabkan suasana sunyi di kampus Universiti Malaya mula menyelubungi.Masing-masing berjalan sambil menghafal dan yang lebih menarik membaca sambil berjalan.Kalaulah terlanggar tiang waktu berjalan sambil membaca, mesti menyesal tak sudahkan.Yang pastinya tindakkan membaca itu betul, cuma cara dan waktu membaca itu yang salah.Maka kesimpulannya janganlah buat tindakkan yang tak kena dengan cara dan etikanya.Buat sesuatu kerja mestilah selari dan seiring dengan tuntutan dan adatnya.Kalau kena caranya, pasti bacaan kita lebih berkualiti dan hafalan lebih mudah diingati.
Namun bukanlah perkara itu yang saya ingin tekankan dalam penulisan saya kali ini.Akan tetapi ialah berkaitan etika dalam dewan peperiksaan.Hanya satu etika yang saya ingin tekankan iaitu jujur ketika menjawab soalan peperiksaan.
Soal Jawab berkaitan Al-Quran.

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.
Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.
Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)
Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.


